Salam, sedikit tentang aku, seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak yang berumur 5 tahun dan 4 tahun, sekarang nie mempunyai masalah berat badan, berat badan sekarang 71.5kg, sebelum ini cuma 52kg sejak dapat anak ke dua nie, agak down rasanya bila berat badan naik mendadak, salah sendiri sebab tidak pantau pemakanan, pulak tu tidak ada sebarang aktiviti senaman yang dilakukan, cumalah aktiviti seharian urusan rumah tangga. Kali ini aku nekad untuk kelihatan lebih menarik untuk suamiku. disamping itu dapat mengembalikan keyakinan diriku.
semakin hari semakin takut melihatkan bentuk badan yang agak hodoh, sebab bentuk bandan aku agak luar biasa, besar dibahagian peha, besar tu bukannya besar sikit, besar banyak, sekarang nie aku mula rasa rimas, kadang2 rasa sakit dibahagian peha.
yang menyedihkan banyak pakaian yang dah tak muat, perut buncit dan menggelebeh, ya allah berikan aku kekuatan untuk aku meneruskan matlamatku ini, mudahan aku lebih kuat dan sabar dalam melaksanakan matlamat aku ini.
bila lah nak dapat badan macam nie...uhukkkkkk~~
sedih rasa hati, ingin sekali menitikkan air mata, namun ku tahan-tahan juga ianya dari mengalir, down sangatlah down. tapi aku yakin selagi aku masih ingin berusaha insyaallah akan ada hasilnya, maka itu aku wujudkan blog ini untuk memantau perjalanan dietku.
Target berat yang 52 kg, so now 19.5kg to go, bukan sikit ok!, doakan aku berjaya!!! Amin....



No comments:
Post a Comment